Ustaz Kazim Elias belum boleh terima pelawat, keluarga minta orang ramai terus titip doa

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran oleh pentadbir akaun rasmi beliau di Instagram, yang turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

“Alhamdulillah, beliau stabil setakat ini. Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak keluarga turut merakamkan penghargaan kepada semua yang mendoakan kesihatan Ustaz Kazim dan memohon agar semua pihak memahami situasi semasa.

Terdahulu, pemergian beliau ke ICU telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengikut serta masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai punca beliau dimasukkan ke ICU, namun keadaan beliau dilaporkan terkawal.

Orang ramai terus mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala.

BACA JUGA:  AC Mizal tuntut permohonanan maaf 24 jam, 4U2C nekad teruskan konsert walau digugat isu hak cipta
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...