Rezeki bayi dapat RM20 dari ‘driver’ lori dekat lampu isyarat

KUALA LUMPUR – Tindakan spontan seorang pemandu lori menghulurkan wang kepada seorang bayi ketika berhenti di lampu isyarat mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian tular oleh @nrlna.naa, kejadian itu berlaku ketika dia bersama suami dan anak mereka dalam perjalanan ke tempat kerja pada pagi Selasa.

Menurutnyat, mereka sedang menunggu lampu isyarat merah apabila seorang pak cik yang memandu lori di sebelah dilihat memandang ke arah bayinya yang berada di tempat duduk khas di bahagian penumpang hadapan.

“Suami saya turunkan tingkap, anak pun pandang saja ke arah pak cik tu,” katanya.

Dalam video berdurasi kurang 30 saat itu, lelaki berkenaan dilihat turun dari lori dan menghampiri kenderaan mereka sebelum menghulurkan wang RM20 kepada bayi tersebut.

View on Threads

Wanita itu meluahkan rasa syukur dan terharu dengan kebaikan kecil berkenaan yang disifatkan memberi makna besar buat keluarganya.

“Terima kasih orang baik. Bagus pak cik ni buat baik tak kira bangsa. Alhamdulillah anak ibu sentiasa dikelilingi orang-orang baik,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna media rata-rata tersentuh dengan sikap pemurah lelaki berkenaan serta mendoakan kesejahteraannya.

“Wah, rezeki adik comel. Baiknya uncle tu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi daripada segala perkara tidak diingini ketika bekerja. Amin,” kata seorang pengguna. 

Perkongsian ini juga membuktikan nilai kemanusiaan dan sikap prihatin masih utuh dalam masyarakat, tanpa mengira bangsa atau agama. -MYBERITA

BACA JUGA:  Kejayaan Fakhrul raih 11A+ buat ramai tersentuh
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...