Sabtu | 19/09/2026 | 4:06:10 pm
HomeSukanAtlet Australia pulangkan kemenangan selepas insiden ‘tercirit’ ketika perlumbaan Hyrox

Atlet Australia pulangkan kemenangan selepas insiden ‘tercirit’ ketika perlumbaan Hyrox

BEIJING – Atlet kecergasan Australia, Joanna Wietrzyk mengambil keputusan melepaskan kemenangan serta mata yang diperolehnya selepas mengakui kesilapan meneruskan perlumbaan Hyrox meskipun mengalami masalah cirit-birit ketika pertandingan berlangsung, baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA
  • Wietrzyk yang muncul juara dalam perlumbaan berintensiti tinggi itu turut membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya meneruskan larian dan menggunakan peralatan pertandingan dalam…
  • Menerusi kenyataan, Wietrzyk mengakui sepatutnya dia menarik diri daripada perlumbaan sebaik insiden berkenaan berlaku dan mengutamakan aspek kebersihan serta keselesaan peserta lain.
  • Menurut Wietrzyk, dia berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan bermula dan tidak menjangkakan masalah tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika sedang bertanding.
  • Dalam pada itu, pihak penganjur Hyrox turut dilaporkan memohon maaf kerana gagal menghentikan perlumbaan Wietrzyk lebih awal bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Wietrzyk yang muncul juara dalam perlumbaan berintensiti tinggi itu turut membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya meneruskan larian dan menggunakan peralatan pertandingan dalam keadaan kotor mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi kenyataan, Wietrzyk mengakui sepatutnya dia menarik diri daripada perlumbaan sebaik insiden berkenaan berlaku dan mengutamakan aspek kebersihan serta keselesaan peserta lain.

“Saya ingin menyampaikan permohonan maaf yang tulus kepada rakyat China, rakan-rakan pesaing, penonton dan penganjur Hyrox atas apa yang berlaku.

“Apabila melihat kembali kejadian itu, saya kesal kerana tidak keluar daripada trek. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan itu dan amat kesal atas rasa tidak selesa serta gangguan yang telah saya timbulkan,” katanya.

Menurut Wietrzyk, dia berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan bermula dan tidak menjangkakan masalah tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika sedang bertanding.

Susulan kontroversi itu, Wietrzyk memilih untuk berundur dan melepaskan kemenangan serta mata yang diperolehnya sebagai tanda menghormati peserta dan komuniti sukan berkenaan.

Dalam pada itu, pihak penganjur Hyrox turut dilaporkan memohon maaf kerana gagal menghentikan perlumbaan Wietrzyk lebih awal bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

Insiden tersebut sebelum ini menjadi perhatian di media sosial selepas rakaman Wietrzyk meneruskan perlumbaan dalam keadaan berkenaan tersebar dan mencetuskan perdebatan mengenai aspek kebersihan serta keselamatan peserta dalam pertandingan. – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 19 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|