Myanmar sertai ‘Dragon Boat’ World Games China 2025

KONGSI

– Myanmar bakal menghantar delegasi seramai 16 orang bagi menyertai acara perahu naga sempena World Games 2025 yang akan berlangsung di Chengdu, China, bermula Ogos ini.

Menurut Persekutuan Mendayung dan Berkayak Myanmar, delegasi tersebut terdiri daripada enam atlet lelaki, enam atlet wanita, seorang ketua pasukan, seorang pengurus dan dua jurulatih. Mereka dijadualkan berangkat ke China pada 6 Ogos.

Setiausaha Agung Persekutuan, U Thet Lwin, memaklumkan bahawa pasukan negara akan bertanding dalam acara perahu naga kategori campuran bagi jarak 200 meter, 500 meter dan 2000 meter.

ARTIKEL BERKAITAN