Amelia akui rasa \’kekok\’ bergandingan bersama Sharnaaz, tapi…

KUALA LUMPUR – Selepas hampir dua tahun menyepi daripada layar perak sejak kemunculan terakhirnya menerusi filem Pulau pada tahun 2023, pelakon jelita Amelia Henderson kini kembali menghidupkan watak dalam filem aksi terbaru Blood Brothers: Bara Naga.

Namun begitu, meskipun naskhah ini sarat dengan adegan pertarungan, Amelia tidak melibatkan diri dalam sebarang babak aksi fizikal. Sebaliknya, cabaran yang digalasnya lebih tertumpu kepada emosi yang mendalam dan permainan dalaman watak.

“Watak saya kali ini memerlukan kelembutan dan permainan emosi yang mendalam. Saya tak ada langsung babak berlawan, jadi cabarannya lebih kepada dalaman,” katanya ketika ditemui pada sesi promosi filem tersebut baru-baru ini.

Bergandingan buat kali pertama dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Amelia mengakui beliau pada awalnya berasa kekok untuk membina keserasian, apatah lagi adegan pertama mereka di set penggambaran merupakan babak perkahwinan.

“Saya kenal Sharnaaz, tapi kami tak pernah betul-betul berjumpa sebelum ini. Jadi, bila terus perlu jalani babak romantis, memang rasa canggung.

“Tapi Sharnaaz sangat profesional. Dia tahu bagaimana nak bantu saya rasa selesa dan itu sangat membantu saya membawakan watak Sheila dengan lebih baik,” ujarnya.

Menurut Amelia, Sharnaaz banyak memberinya semangat terutamanya ketika melakonkan babak yang lebih tegang dan emosi.

“Saya sangat berterima kasih kepadanya. Kalau bukan dia sebagai Ghaz, saya rasa lakonan saya takkan menjadi. Dia banyak bantu saya keluarkan sisi lakonan yang sebelum ini saya sendiri belum pernah tonjolkan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Amelia, 30, turut berkongsi cabaran fizikal sepanjang penggambaran, termasuk satu babak di mana dia perlu berbaring tanpa banyak pergerakan.

“Nampak macam mudah, tapi sebenarnya susah. Saya tak boleh gerakkan badan atau mata langsung. Tapi bila kita terlalu fikir, mata pun mula bergerak dan saya jadi stres sendiri.

“Saya rasa bersalah sebab semua orang dah buat yang terbaik, tapi saya pula asyik gerak. Nasib baik kru dan rakan pelakon sangat memahami,” katanya mengakhiri perbualan.

Blood Brothers: Bara Naga kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

BACA JUGA:  Acha Septriasa sah bercerai sejak Mei lalu
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...