Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM – Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu dalam program realiti hiburan Talk To My Manager 2 terhenti pada minggu keenam selepas gagal memikat hati barisan juri menerusi persembahan bertemakan “Dua Tiga Kucing Berlari”.

Menerusi konsert mingguan yang berlangsung pada Ahad, Linda Jasmine dan Ratu menyampaikan lagu “Oh! Carol” secara duet bersama Chubb-E, namun persembahan itu tidak cukup kuat untuk melayakkan mereka mara ke peringkat seterusnya.

Turut berada dalam kelompok tiga terbawah pada minggu berkenaan ialah pasangan Ani Mayuni dan Viviana serta Safura dan Kim Khairii.

Sementara itu, pasangan Hasil Adira dan Anggrek berjaya membawa pulang Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie selepas mempamerkan persembahan cemerlang pada minggu keenam. Kemenangan tersebut melayakkan mereka menerima wang tunai RM2,000 berserta hamper tajaan Eskayvie.

Dalam pada itu, Anugerah Manager Paling Perform (MPP) pula menjadi milik Jamilulhayat dan Hussain.

Musim kedua program berkenaan menampilkan gabungan unik antara pengurus dan artis antaranya Adira dan Anggrek, Ani Mayuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra serta Safura dan Kim Khairii.

Program tersebut dikendalikan oleh pengacara terkenal Aznil Nawawi bersama dua juri tetap iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan pengurus dan artis dinilai secara keseluruhan dengan pecahan markah sebanyak 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus bagi artis.

Talk To My Manager 2 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

BACA JUGA:  Netizen terkejut, penyondol tak semuanya jahat sebab...
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...