Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU – Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru, pada Isnin.

Majlis akad nikah tersebut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat dalam suasana sederhana namun meriah.

Momen indah pasangan itu turut menjadi perhatian ramai selepas sebuah video dimuat naik oleh sebuah stesen radio di aplikasi TikTok memaparkan Arif Aiman tenang melafazkan akad nikah sambil ditemani bapanya di sisi.

Selepas selesai lafaz akad, pasangan mempelai yang sama cantik sama padan diraikan di pelamin bagi sesi fotografi bersama para tetamu yang hadir.

Ruangan komen media sosial turut dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat bola sepak tempatan yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu itu.

Arif Aiman, 24, yang juga tonggak utama Johor Darul Ta’zim menamatkan zaman bujang bersama Nurul Aliah Natasha yang merupakan seorang usahawan muda.

Majlis persandingan pasangan berkenaan dijadual berlangsung pada sebelah malam dan dijangka diserikan dengan keberangkatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pemangku Sultan Johor serta pemilik kelab Johor Darul Ta’zim.

Sejak Sabtu lalu, tular sekeping kad jemputan perkahwinan pemain kebangsaan itu yang seterusnya menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

BACA JUGA:  USM Falcons terbang tinggi, cipta sejarah juara bola tampar Penang Close 2025
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...