31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan 31,600 jemaah haji Malaysia yang mula berangkat ke Arafah secara berperingkat sejak pagi Isnin bagi menunaikan rukun utama ibadah haji iaitu wukuf.

Pergerakan ke Masyair itu bermula sekitar jam 7.30 pagi melibatkan enam maktab dengan setiap kumpulan jemaah diatur menggunakan bas secara sistematik bagi memastikan kelancaran perjalanan ke Arafah sebelum bermulanya wukuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, operasi pergerakan berjalan lancar hasil penyusunan rapi yang dilaksanakan oleh Tabung Haji (TH) bersama pihak berkuasa Arab Saudi.

Katanya, setiap maktab diperuntukkan 25 bas dengan tiga perjalanan dijadualkan bagi membawa jemaah secara berperingkat ke lokasi wukuf.

“Alhamdulillah, hari ini hari yang penuh bersejarah apabila bermulanya pergerakan jemaah haji ke Masyair,” katanya ketika menyaksikan pelepasan jemaah.

Beliau berkata, keseluruhan proses pergerakan dijangka selesai sebelum waktu Asar dengan semua jemaah berada di Arafah dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli yang dijadual menyampaikan khutbah Arafah pada Selasa menasihatkan jemaah supaya menumpukan sepenuhnya kepada ibadah serta menjaga kesihatan berikutan cuaca panas di Tanah Suci.

Katanya, jemaah juga perlu mematuhi arahan petugas haji serta kekal berada di khemah dan maktab masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.

“Kita nasihatkan supaya terus fokus kepada ibadah dan elakkan berada di luar ketika cuaca panas,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa disiplin tinggi jemaah haji Malaysia akan memastikan kelancaran operasi Masyair sepanjang musim haji tahun ini.

BACA JUGA:  Jemaah haji Malaysia selamat lepas kena serangan jantung
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...