Sabtu | 19/09/2026 | 4:00:50 pm
HomeNasional104 pelajar UKM disantuni, TKPY salur bantuan lebih RM100,000

104 pelajar UKM disantuni, TKPY salur bantuan lebih RM100,000

BANGI – Lebih 100 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima bantuan kewangan dan komputer riba bernilai lebih RM100,000 menerusi Tabung Kebajikan dan Pelajaran YAPEIM (TKPY), bagi membantu meringankan kos sara hidup serta pengajian mereka.

RINGKASAN BERITA
  • Bantuan itu melibatkan 104 pelajar, merangkumi bantuan sara hidup, yuran pengajian serta komputer riba kepada penerima yang memerlukan.
  • Shamsul Azhar Yahya berkata seramai 59 pelajar menerima bantuan sara hidup sebanyak RM1,000 seorang dengan jumlah keseluruhan RM59,000.
  • Daripada jumlah itu, 44 merupakan pelajar Kolej Keris Mas manakala 15 lagi dari kolej lain.
  • Shamsul berkata, program berkenaan menjadi platform penyampaian bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan, khususnya bagi mengurangkan tekanan kewangan sepanjang tempoh pengajian.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Bantuan itu melibatkan 104 pelajar, merangkumi bantuan sara hidup, yuran pengajian serta komputer riba kepada penerima yang memerlukan.

Pengurus Besar TKPY, Dr. Shamsul Azhar Yahya berkata seramai 59 pelajar menerima bantuan sara hidup sebanyak RM1,000 seorang dengan jumlah keseluruhan RM59,000. Daripada jumlah itu, 44 merupakan pelajar Kolej Keris Mas manakala 15 lagi dari kolej lain.

104 pelajar UKM disantuni, TKPY salur bantuan lebih RM100,000
Bantuan itu melibatkan 104 pelajar, merangkumi bantuan sara hidup, yuran pengajian serta komputer riba kepada penerima yang memerlukan.

Shamsul berkata, program berkenaan menjadi platform penyampaian bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan, khususnya bagi mengurangkan tekanan kewangan sepanjang tempoh pengajian.

“Ia bertujuan memberikan sokongan kepada pelajar dalam memenuhi keperluan pendidikan di samping meringankan beban kewangan yang ditanggung sepanjang tempoh pengajian”, katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Selain itu, bantuan yuran pengajian berjumlah RM22,680 disalurkan kepada 36 pelajar Kolej Keris Mas, manakala dua lagi pelajar dari kolej lain menerima bantuan berjumlah RM2,400.

Tujuh pelajar yang memerlukan kemudahan pembelajaran pula menerima bantuan komputer riba dengan nilai keseluruhan RM17,500.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman di Kolej Keris Mas, UKM, hari ini.

Turut hadir Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM, Muhamad Khairul Anuar Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ismanizan Ismail.

Pada masa sama, YAPEIM dan TKPY turut merakamkan penghargaan kepada 675 warga UKM yang menyumbang menerusi skim infak gaji dengan jumlah hampir RM143,000 setahun.

Sumbangan itu membolehkan dana berkenaan disalurkan semula kepada UKM dalam bentuk bantuan pendidikan untuk pelajar yang memerlukan.

Secara keseluruhan, TKPY memaklumkan sumbangan yang diagihkan di Selangor dari Januari hingga Julai 2026 mencecah RM1.6 juta, memberi manfaat kepada 61,203 penerima menerusi program pembangunan ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

Untuk info, TKPY diwujudkan oleh pengasas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) pada 11 Disember 1984 dengan antara objektifnya membantu golongan memerlukan serta meningkatkan taraf pendidikan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 19 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|