Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH – Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah kira-kira jam 8 malam berhubung kejadian yang berlaku ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk.

Menurut beliau, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berada di lokasi kejadian dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Susulan kejadian itu, pihak Sarawak Energy telah dimaklumkan untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan terlibat bagi memastikan keadaan lokasi kejadian selamat.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut, dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

BACA JUGA:  Dua pelajar didakwa rogol 'junior', seorang mengaku bersalah
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...