Selasa | 06/10/2026 | 8:09:33 am
HomeDuniaAI salah 'target' sekolah, ingatkan kem tentera, 123 kanak kanak maut

AI salah ‘target’ sekolah, ingatkan kem tentera, 123 kanak kanak maut

MINAB – Sebuah sekolah rendah di Iran yang dipenuhi kanak-kanak didakwa kekal dalam pangkalan data tentera Amerika Syarikat (AS) sebagai kemudahan ketenteraan, sebelum dua peluru berpandu Tomahawk membedil lokasi itu dalam satu serangan yang mengorbankan lebih 150 orang.

Lebih memilukan, sekurang-kurangnya 123 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas Sekolah Rendah Shajarah Tayyebeh di Minab pada 28 Februari lalu.

Siasatan Bloomberg berdasarkan keterangan pegawai yang terlibat dalam siasatan dalaman Pentagon mendapati tragedi itu bukan berpunca daripada satu kesilapan tunggal, sebaliknya hasil rantaian kegagalan yang boleh dielakkan, termasuk maklumat perisikan lapuk, imej satelit lama serta kebergantungan berlebihan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|