KUALA LUMPUR – Sekeping gambar lama yang merakam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu keluarganya dari sebalik penghadang kaca di Penjara Sungai Buloh mencuri perhatian warganet selepas dikongsikan Perdana Menteri, tengah malam tadi.
- Perdana Menteri menyifatkan detik berkenaan sebagai antara kenangan yang kekal dalam ingatannya.
- Bagaimanapun, Anwar tidak memperincikan tarikh sebenar gambar berkenaan dirakam.
- Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial dengan meraih lebih 26,000 tanda suka selain menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
- Seorang lagi pengguna, Norazliza Ghazali pula mengulas gambar berkenaan dengan menyifatkan Anwar sebagai individu yang berjaya bangkit daripada pengalaman di penjara untuk menjadi Perdana…
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar dilihat berada di sebalik kaca dan jeriji besi sambil memegang gagang telefon yang digunakan untuk berkomunikasi ketika sesi pertemuan bersama keluarga.
Perdana Menteri menyifatkan detik berkenaan sebagai antara kenangan yang kekal dalam ingatannya.
“Kenangan di Sungai Buloh. Momen ini kekal dalam ingatan,” Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Anwar tidak memperincikan tarikh sebenar gambar berkenaan dirakam.
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial dengan meraih lebih 26,000 tanda suka selain menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Antaranya, pengguna Facebook, Ruqayyah Abd Fatah mendoakan Anwar terus diberikan kekuatan untuk menerajui negara bagi penggal-penggal akan datang.
“Tak salah kita mengenang kenangan. Nabi Yusuf juga dari penjara ke pemerintah tertinggi Mesir,” Ruqayyah Abd Fatah.
Seorang lagi pengguna, Norazliza Ghazali pula mengulas gambar berkenaan dengan menyifatkan Anwar sebagai individu yang berjaya bangkit daripada pengalaman di penjara untuk menjadi Perdana Menteri.
“Dari tirai besi diangkat menjadi Perdana Menteri,” Norazliza Ghazali.
Sementara itu, Kimmy P Sigayon menyifatkan gambar yang dikongsikan Anwar sebagai satu detik yang cukup bernilai.
Perkongsian itu dibuat beberapa hari selepas Anwar turut mengimbau pengalaman kehilangan ibunya ketika berada dalam penjara, yang disifatkannya sebagai antara malam paling murung dalam kehidupannya. – Utusan Malaysia
