‘Atok online’ meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Akaun TikTok milik pempengaruh Famy Ismail dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai susulan pemergian bapanya, Allahyarham Ismail Ibrahim yang mesra disapa sebagai ‘atok online’.

Menerusi perkongsian tersebut, Famy memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang seperti sedang tidur pada Selasa sekitar pukul 11.46 malam.

Menurutnya, keluarga menerima pemergian Allahyarham dengan reda selain memohon agar orang ramai menghalalkan segala makan dan minum arwah.

“Atok ‘online’ meninggal dunia. Ayah pergi seperti tidur. Allahu, aku reda dengan pemergian ayah. Saya mohon halalkan makan dan minum ayah. Tiada lagi gelak dan tawa ayah,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Famy sering mencuri perhatian ramai apabila memaparkan rutin hariannya menjaga bapanya yang menghidap strok, selain gelagat mencuit hati warga emas berkenaan.

Walaupun dalam keadaan uzur, Allahyarham dilihat aktif memberi reaksi terhadap usikan anaknya, termasuk ‘leteran’ dan gurauan yang menghiburkan penonton.

Pemergian Allahyarham turut dirasai pengguna sosial media yang menganggapnya seperti datuk sendiri, apatah lagi tidak dapat lagi menyaksikan gelagatnya selepas ini.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna mengirimkan doa serta ucapan penghargaan buat Famy dan keluarga atas pengorbanan menjaga ‘atok online’.

“Salam takziah. Terima kasih kerana menjadi anak yang baik dan menjaga atok online kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna berkata, dia sering mengikuti siaran langsung Famy dan terhibur dengan gelagat Allahyarham.

“Selalu masuk live. Mesti terhibur tengok gelagat atok ini. Tetapi sekarang sudah tiada lagi. Al-Fatihah, semoga berada di kalangan orang-orang yang beriman serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat,” kata seorang lagi pengguna.

Di samping itu, pengguna lain juga turut meluahkan rasa kagum terhadap kesabaran Famy dalam menjaga bapanya walaupun berdepan pelbagai cabaran, termasuk melayan kerenah arwah yang tidak lagi mampu menguruskan diri sepenuhnya. -MYBERITA

BACA JUGA:  Lepas setahun kerja, wanita hadiahkan ibu gelang emas
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...