Isnin | 21/09/2026 | 10:43:24 pm
HomeGaya HidupKITA FM catat sejarah, larian 63km raih pengiktirafan MBOR

KITA FM catat sejarah, larian 63km raih pengiktirafan MBOR

BUKIT JALIL – Semangat kebersamaan rakyat Malaysia diterjemahkan menerusi kempen larian komuniti KITA FM yang berjaya mencatat jarak kumulatif 63 kilometer, sekali gus melayakkan stesen radio itu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

RINGKASAN BERITA
  • Pencapaian menerusi kategori Jarak Kumulatif Terpanjang yang Dicatatkan dalam Kempen Larian Luar itu dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia ke-63, dengan angka 63 dipilih sebagai…
  • Kempen tersebut menghimpunkan kesemua 13 stesen radio di bawah Astro Audio, dengan setiap stesen menganjurkan larian di negeri masing-masing sejauh antara tiga hingga lima…
  • Penganjuran secara serentak itu membolehkan ribuan pendengar mengambil bahagian, menjadikan kempen berkenaan bukan sekadar aktiviti kecergasan, malah wadah untuk mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira…
  • Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran berkata pengiktirafan itu mencerminkan usaha KITA FM untuk mendekati pendengar menerusi inisiatif yang membawa mesej perpaduan.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Pencapaian menerusi kategori Jarak Kumulatif Terpanjang yang Dicatatkan dalam Kempen Larian Luar itu dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia ke-63, dengan angka 63 dipilih sebagai simbolik kepada ulang tahun berkenaan.

Kempen tersebut menghimpunkan kesemua 13 stesen radio di bawah Astro Audio, dengan setiap stesen menganjurkan larian di negeri masing-masing sejauh antara tiga hingga lima kilometer.

Penganjuran secara serentak itu membolehkan ribuan pendengar mengambil bahagian, menjadikan kempen berkenaan bukan sekadar aktiviti kecergasan, malah wadah untuk mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira kaum, usia dan latar belakang.

Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran berkata pengiktirafan itu mencerminkan usaha KITA FM untuk mendekati pendengar menerusi inisiatif yang membawa mesej perpaduan.

“Kami amat berbangga apabila KITA FM berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kempen yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

“Setiap langkah yang diambil sepanjang kempen ini melambangkan satu suara, satu semangat dan satu Malaysia. Pengiktirafan ini bukan sahaja milik KITA FM, malah milik semua pendengar yang telah bersama-sama menjayakan kempen ini di seluruh negara,” katanya.

KITA FM memulakan siri larian luar itu pada 29 Ogos lalu sempena Raptai Penuh Hari Kebangsaan sebelum meneruskan siaran langsung pada 31 Ogos bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Priya berkata sambutan yang diterima turut membuktikan hubungan erat antara Astro Audio dan pendengar yang terus menyokong pelbagai program anjuran 13 stesen radio berkenaan.

Menurutnya, KITA FM menjadi salah satu platform Astro Audio untuk menghargai kesetiaan pendengar, selain mendekatkan radio dengan komuniti menerusi aktiviti di lapangan.

“Radio masih mempunyai tempat yang istimewa dalam hati rakyat Malaysia. Sambutan luar biasa yang diterima di setiap lokasi membuktikan perkara itu.

“Kami merakamkan penghargaan kepada semua pendengar, rakan penaja, rakan strategik dan seluruh warga kerja yang telah memainkan peranan dalam menjayakan KITA FM Satu Suara Satu Malaysia,” katanya.

Selain kempen larian, KITA FM turut memeriahkan sambutan menerusi Mini Showcase KITA FM yang menampilkan persembahan hiburan di beberapa lokasi termasuk Kuantan, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.

Keseluruhan inisiatif itu mengangkat tema “Satu Suara Satu Malaysia” dengan mesej perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan sebagai teras utama kempen. – Astro AWANI

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|