ISTAF jelaskan kontroversi ‘final’ takraw Malaysia-Thailand

KONGSI

KUALA LUMPUR – Kontroversi yang tercetus dalam perlawanan akhir Regu Berpasukan Lelaki antara Malaysia dan Thailand pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF Kuala Lumpur 2026 akhirnya mendapat penjelasan rasmi daripada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ISTAF memaklumkan bahawa keputusan pengadil berhubung kesalahan melanggar garisan tengah melibatkan pemain Thailand dibuat selaras dengan Undang-undang Permainan ISTAF yang sedang berkuat kuasa.

Menurut badan induk sepak takraw dunia itu, pasukan Thailand telah mengemukakan permohonan semakan cabaran terhadap keputusan berkenaan, namun dimaklumkan bahawa kesalahan melanggar garisan tengah tidak termasuk dalam skop prosedur Sistem Semakan Cabaran semasa.

ARTIKEL BERKAITAN