Isnin | 21/09/2026 | 7:38:12 pm
HomeEkonomiPlat H pecah rekod RM91.2 juta, hasil bidaan bakal bantu pemandu teksi

Plat H pecah rekod RM91.2 juta, hasil bidaan bakal bantu pemandu teksi

PUTRAJAYA – Pemandu teksi dan kereta sewa bakal menerima manfaat daripada hasil luar biasa bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri H yang mencatat rekod kutipan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mencecah RM91.21 juta.

RINGKASAN BERITA
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebahagian daripada hasil berkenaan akan digunakan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu pemandu teksi dan kereta sewa di…
  • Bidaan siri H mencatat kutipan keseluruhan RM91.21 juta, merangkumi RM89.27 juta hasil bidaan dan RM1.94 juta fi perkhidmatan menerusi sistem JPJeBid.
  • Daripada jumlah itu, nombor H1 menjadi bidaan tertinggi apabila mencecah RM10.78 juta, diikuti H9 sebanyak RM4.97 juta, H3 (RM4.21 juta), H5 (RM4.01 juta), H8…
  • Menurut Anthony, separuh daripada keseluruhan hasil berkenaan akan disalurkan ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan, manakala baki digunakan bagi membiayai pelbagai inisiatif MOT yang…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebahagian daripada hasil berkenaan akan digunakan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara, dengan satu pengumuman khusus dijangka dibuat minggu depan.

“H ini asalnya nombor pendaftaran untuk teksi. Maka, dengan hasil yang lumayan ini, MOT akan gunakan wang ini untuk bantu pemandu teksi dan kereta sewa dari seluruh negara.

“Akan ada berita baik untuk pemandu teksi minggu depan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Bidaan siri H mencatat kutipan keseluruhan RM91.21 juta, merangkumi RM89.27 juta hasil bidaan dan RM1.94 juta fi perkhidmatan menerusi sistem JPJeBid.

Daripada jumlah itu, nombor H1 menjadi bidaan tertinggi apabila mencecah RM10.78 juta, diikuti H9 sebanyak RM4.97 juta, H3 (RM4.21 juta), H5 (RM4.01 juta), H8 (RM4 juta) dan H6 (RM3.38 juta).

Menurut Anthony, separuh daripada keseluruhan hasil berkenaan akan disalurkan ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan, manakala baki digunakan bagi membiayai pelbagai inisiatif MOT yang berorientasikan rakyat.

“Apa boleh buat dengan RM91 juta? Bukan untuk bantu ‘balik rumah’. Separuh daripada hasil ini akan masuk Akaun Hasil Disatukan untuk Kerajaan Persekutuan.

“Separuh lagi untuk membiayai inisiatif MOT yang berorientasikan rakyat,” katanya.

Secara keseluruhan, seramai 34,664 pembida menyertai bidaan berkenaan dengan 8,223 nombor pendaftaran menerima bidaan, sekali gus menunjukkan sambutan tinggi terhadap siri istimewa itu.

Bidaan NPI siri H dilaksanakan menerusi JPJeBid dari 16 hingga 20 September bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Siri H turut menjadi siri awalan satu huruf terakhir yang ditawarkan JPJ. – BERNAMA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|