Pemandu ‘e-hailing’ cedera, penumpang mabuk larikan kereta

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing dipercayai berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa penipuan dan kecurian kenderaan selepas mengambil seorang penumpang dalam keadaan mabuk yang kemudiannya bertindak melarikan kereta miliknya dalam kejadian di sini, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran pengguna Threads @thehaki_ yang mendakwa insiden berkenaan berlaku ketika pemandu tersebut sedang menjalankan tugas di sekitar Petaling Jaya.

Menurut perkongsian itu, penumpang terbabit dipercayai berada dalam keadaan mabuk sebelum bertindak mengambil kesempatan terhadap pemandu berkenaan dan melarikan kenderaan tersebut.

Pengguna Threads itu turut mendakwa suspek bertindak agresif sehingga mencederakan pemandu berkenaan ketika berlaku pertengkaran antara mereka.

“Tindakan suspek agresif dan sempat mencederakan pemandu sebelum melarikan kenderaan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut hantaran tersebut, tindakan pantas pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan dibuat.

“Kesian pemandu e-hailing ini, nasib baik polis cepat bertindak,” katanya. 

Setakat ini, butiran lanjut mengenai kejadian masih belum diperoleh dan pihak berkuasa dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. -MYBERITA

BACA JUGA:  Elak minuman tumpah, 'rider' balut air raih pujian ramai
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...