Isnin | 21/09/2026 | 12:19:10 am
HomeHiburanZaki Yamani kini artis Sony Music

Zaki Yamani kini artis Sony Music

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Zaki Yamani kini mengintai peluang untuk membawa muziknya ke pasaran lebih luas khususnya Asia Tenggara selepas secara rasmi menyertai syarikat rakaman antarabangsa, Sony Music Malaysia.

RINGKASAN BERITA
  • Langkah baharu itu bakal menyaksikan Zaki bukan sahaja memperkukuhkan kerjaya seninya di Malaysia, malah meneroka pendekatan muzik serantau menerusi kerjasama bersama beberapa penerbit terkenal…
  • Penyertaan Zaki bersama Sony Music Malaysia dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian yang berlangsung hari ini bersama Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam dan…
  • Kerjasama berkenaan membuka ruang kepada Zaki untuk mengembangkan bakat dan identiti muziknya menerusi jaringan Sony Music, selain memperluaskan jangkauan karya baharunya kepada pendengar di…
  • Zaki berkata, peluang menyertai syarikat rakaman antarabangsa itu merupakan satu langkah penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Langkah baharu itu bakal menyaksikan Zaki bukan sahaja memperkukuhkan kerjaya seninya di Malaysia, malah meneroka pendekatan muzik serantau menerusi kerjasama bersama beberapa penerbit terkenal dari Indonesia.

Penyertaan Zaki bersama Sony Music Malaysia dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian yang berlangsung hari ini bersama Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam dan Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong.

Kerjasama berkenaan membuka ruang kepada Zaki untuk mengembangkan bakat dan identiti muziknya menerusi jaringan Sony Music, selain memperluaskan jangkauan karya baharunya kepada pendengar di rantau ini.

Zaki berkata, peluang menyertai syarikat rakaman antarabangsa itu merupakan satu langkah penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Sony Music. Saya melihat peluang ini sebagai satu langkah penting dalam perjalanan kerjaya saya.

“Insya-Allah, saya akan terus belajar, membina dan mengembangkan kerjaya nyanyian saya serta memberikan yang terbaik buat para peminat dan industri muzik,” katanya.

Dalam perkembangan seterusnya, Zaki dijadual bekerjasama dengan beberapa penerbit muzik terkenal Indonesia bagi menghasilkan karya baharu yang dijangka membawa sentuhan dan pengaruh muzik serantau.

Kerjasama itu juga sebahagian daripada perancangan Sony Music Malaysia untuk membangunkan perjalanan kerjaya Zaki secara lebih menyeluruh termasuk memperkenalkan muzik serta identitinya kepada khalayak lebih luas.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan turut dihadiri peminat serta ahli kelab peminat Zaki Yamani yang hadir memberikan sokongan kepadanya.

Zaki berharap fasa baharu itu dapat membuka lebih banyak ruang untuk menghasilkan karya berkualiti, mencabar dirinya meneroka sesuatu yang baharu serta membawa kerjaya seninya ke peringkat lebih tinggi. – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|