BENTONG – “Nak hidupkan barang elektrik pun saya takut.”
RINGKASAN BERITA
- Ketika ditemui hari ini, Masrizal masih sibuk membersihkan kediamannya selepas air surut sepenuhnya kira-kira pukul 10 malam tadi.
- Menurutnya, antara barangan yang terjejas ialah mesin basuh, dua peti ais, set bilik tidur, peralatan dapur serta bekalan makanan kering termasuk beras.
- Kereta Proton Wira, sebuah motosikal, mesin basuh, dua peti ais dan barang-barang dapur semuanya kena air.
- Masrizal berkata, sebahagian barangan yang mengalami kerosakan teruk terpaksa dibuang kerana tidak lagi boleh digunakan.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.
Itu kebimbangan Masrizal Sallehudin, 51, selepas banjir kilat yang melanda Kampung Cheringin Tengah di sini petang semalam menyebabkan pelbagai barangan rumah dan kenderaannya ditenggelami air dengan kerugian awal dianggarkan sekitar RM15,000.
Ketika ditemui hari ini, Masrizal masih sibuk membersihkan kediamannya selepas air surut sepenuhnya kira-kira pukul 10 malam tadi.
Menurutnya, antara barangan yang terjejas ialah mesin basuh, dua peti ais, set bilik tidur, peralatan dapur serta bekalan makanan kering termasuk beras.
Banyak barang rosak. Kereta Proton Wira, sebuah motosikal, mesin basuh, dua peti ais dan barang-barang dapur semuanya kena air.
“Barang makanan kering seperti beras pun terendam. Katil pula jenis bahan yang mampat, bila kena air memang terus mengembang dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya.
Masrizal berkata, sebahagian barangan yang mengalami kerosakan teruk terpaksa dibuang kerana tidak lagi boleh digunakan.
Bagaimanapun, tahap sebenar kerosakan peralatan elektrik masih belum diketahui kerana kebanyakannya masih basah dan belum selamat untuk dihidupkan.
Barang elektrik saya memang takut nak hidupkan lagi. Peti ais pun saya tidak guna sebab masih basah. Jadi kerosakan sebenar memang belum dapat dianggarkan betul-betul.
“Kalau ikut barang yang nampak rosak dan terendam, mungkin dalam RM15,000,” katanya.
Buat masa ini, Masrizal memberi tumpuan kepada kerja pembersihan rumah sebelum menilai keseluruhan kerosakan akibat kejadian berkenaan.
– KOSMO
