KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh seorang lelaki yang kemudian mengamuk sambil bersenjatakan parang di Kampung Padang, Tanjung Sedili, di sini, hari ini.
- Suspek berusia 37 tahun itu turut dipercayai mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum polis bergegas ke lokasi susulan laporan diterima kira-kira pukul 9.30…
- Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kuala Sedili kemudian berjaya menahan suspek.
- Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Sedili pergi ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
- Menurut Yusof, pembantu pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia.
Suspek berusia 37 tahun itu turut dipercayai mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum polis bergegas ke lokasi susulan laporan diterima kira-kira pukul 9.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kuala Sedili kemudian berjaya menahan suspek.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Sedili pergi ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
“Ketika tangkapan dilakukan, berlaku pergelutan yang menyebabkan seorang anggota polis cedera, namun suspek dapat ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Yusof, pembantu pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dijadual dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang esok bagi menjalani proses bedah siasat.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan suspek juga dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan kesihatan mental suspek dan kaitannya dengan kejadian masih tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
