Selasa | 06/10/2026 | 7:52:01 am
HomeJenayahGelandangan bawa parang minta duit dicekup polis

Gelandangan bawa parang minta duit dicekup polis

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang gelandangan yang didakwa menghampiri pengguna jalan raya untuk meminta wang sambil membawa objek dipercayai parang mencetuskan kebimbangan penduduk sebelum lelaki itu ditahan polis, malam tadi.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan berhampiran sebuah restoran nasi kandar di Taman Pekan Baru di sini kira-kira pukul 11 malam selepas rakaman tindakannya tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, lelaki terbabit dilihat menghampiri sebuah kereta dipercayai untuk meminta wang sebelum menjerit selepas pemandunya enggan melayan permintaan tersebut.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|