Tujuh lelaki, \’Bella\’ dera pemuda hingga lunyai didakwa pagi ini

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang ditahan bagi membantu siasatan kes tular membabitkan seorang pemuda dipukul beramai-ramai sehingga lunyai akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Esok pagi (hari ini) semua OKT (orang kena tahan) akan dituduh,” katanya ringkas ketika dihubungi media, semalam.

Kesemua suspek sebelum ini ditahan pada kira-kira pukul 2.30 pagi, 21 April lalu ketika cuba melarikan diri dari sebuah unit di Pangsapuri Plentong Baru Masai, Pasir Gudang.

Mereka dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang pekerja kilang lelaki di Kluang pada 18 April, hingga mangsa mengalami kecederaan serius. Video kejadian tersebut kemudiannya tular di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa dipukul secara bergilir-gilir oleh kumpulan terbabit menggunakan objek tumpul dan senjata tajam, selain turut dikurung sebelum berjaya melarikan diri mendapatkan bantuan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah, Seksyen 385 kerana pemerasan, serta Seksyen 324 kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan beberapa klip video yang tular di media sosial menunjukkan seorang pemuda dipukul, ditumbuk di dada, dan ditendang di bahagian sulit oleh sekumpulan lelaki.

Kesemua mereka disyaki terlibat memukul seorang pekerja kilang di Kluang hingga separuh mati pada 18 April lalu, sebelum rakaman video insiden kejam itu tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

BACA JUGA:  Sri Pahang sah tarik diri daripada Liga Super musim 2025/2026
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...