Selasa | 06/10/2026 | 8:26:17 am
HomeJenayahBayar RM200 untuk MyKad palsu demi cari kerja, wanita Indonesia dicekup

Bayar RM200 untuk MyKad palsu demi cari kerja, wanita Indonesia dicekup

PELABUHAN KLANG – Hanya dengan bayaran serendah RM200, salinan MyKad palsu didakwa boleh diperoleh oleh warga asing untuk digunakan bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Perkara itu terbongkar selepas tiga wanita dipercayai warga Indonesia berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan dalam Ops Layar di sebuah kilang percetakan di Bandar Sultan Suleiman, di sini, semalam.

Dua daripada mereka yang berusia 37 tahun mendakwa masing-masing membayar antara RM200 hingga RM250 bagi mendapatkan salinan kad pengenalan palsu selepas memasuki Malaysia melalui laluan tidak sah.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|