Semua 38 warga UUM terkandas di Hatyai berjaya diselamatkan – Zambry

KUALA LUMPUR – Kesemua 36 pelajar dan dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat kejadian banjir, berjaya diselamatkan dalam operasi yang selesai sebentar tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, dalam satu ciapan di laman Facebook, memaklumkan bahawa kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan sedang dibawa ke penempatan sementara sebelum proses membawa pulang ke Malaysia dilaksanakan.

Menurut beliau, kejayaan operasi itu hasil koordinasi pantas serta kerjasama kukuh pelbagai agensi.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, pihak berkuasa Thailand, pasukan penyelamat tempatan serta pihak pengurusan UUM atas koordinasi yang amat berkesan dalam memastikan operasi menyelamat ini dapat dijayakan dengan selamat dan teratur,” katanya.

Zambry turut menzahirkan kesyukuran atas keselamatan semua yang terlibat dan berharap urusan membawa mereka pulang dipermudahkan.

“Syukur Alhamdulillah… Semoga urusan seterusnya dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya.

Operasi menyelamat itu dijalankan susulan banjir di Hatyai yang menyebabkan kumpulan pelajar dan pensyarah UUM tersebut terputus hubungan dan tidak dapat pulang seperti dijadualkan.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: KPT sedia salur bantuan kepada mangsa nahas
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...