Jumaat | 25/09/2026 | 8:03:13 pm
HomeEkonomiMahzan Teh terajui MARA sebagai ketua pengarah baharu

Mahzan Teh terajui MARA sebagai ketua pengarah baharu

PETALING JAYA – Pengalaman luas dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi antara sandaran Ir. Dr. Mahzan Teh untuk menerajui agensi itu sebagai ketua pengarah baharu.

Mahzan dilantik ke jawatan tersebut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menggantikan Datuk Seri Zulkifli Osman yang bersara.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepakaran serta pengalaman Mahzan bersama agensi berkenaan diyakini dapat memperkukuh peranan MARA dalam bidang pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan Bumiputera.

“Selamat memikul amanah baharu sebagai peneraju keluarga besar MARA. Insya-Allah dengan semangat dan komitmen bersama, kita akan terus memperkasakan mandat Mara, memperluas manfaat kepada rakyat serta meneruskan agenda transformasi yang sedang digerakkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, pelantikan berkenaan diharap dapat memastikan MARA terus relevan dan dinamik dalam memacu pembangunan ekonomi serta pendidikan Bumiputera.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Mahzan dan berharap ketua pengarah baharu itu dapat meneruskan Agenda Transformasi MARA.

“Semoga beliau dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya dan bersama-sama meneruskan agenda transformasi MARA,” katanya. – KOSMO!

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|