Jumaat | 25/09/2026 | 2:28:03 am
HomeGaya Hidup"Tegas tak bermaksud kasar", tindakan tendang meja peniaga warga asing cetus kecaman

“Tegas tak bermaksud kasar”, tindakan tendang meja peniaga warga asing cetus kecaman

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menendang meja jualan seorang peniaga dipercayai warga asing ketika individu itu sedang mengemas barangan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Rakaman tular di Threads menunjukkan peniaga berkenaan sedang mengemas barangan di sebuah gerai kecil selepas dipercayai diminta menghentikan kegiatan perniagaannya.

Bagaimanapun, seorang lelaki kemudian dilihat menendang meja berkenaan sehingga beberapa barangan jualan jatuh dan berselerak.

Insiden itu mengundang reaksi bercampur apabila ada yang menyokong tindakan tegas terhadap warga asing yang didakwa berniaga tanpa kebenaran, namun ramai mempersoalkan cara tindakan tersebut dilakukan.

“Tegas tidak bermaksud kasar. Beradab tidak bermaksud lemah,” kata seorang pengguna Threads.

“Negara kita ada undang-undang. Rakyat tidak boleh mengambil alih tugas penguat kuasa. Serahkan kepada pihak penguat kuasa,” katanya.

Seorang lagi pengguna berpandangan sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan, tindakan sewajarnya perlu dibuat mengikut saluran undang-undang.

“Jika illegal, maka deport ikut prosedur undang-undang. Tapi tendang? Itu bukan adab kita,” katanya.

“Halau balik. Tapi jangan tendang. Kita tak tahu nasib kita esok merempat kat mana. Fikir panjang,” kata seorang lagi pengguna.

Setakat ini, lokasi sebenar kejadian, kewarganegaraan dan status permit perniagaan individu terbabit serta identiti mereka yang terlibat belum dapat disahkan secara bebas. – Threads

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|