Isnin | 28/09/2026 | 6:59:29 pm
HomeBelasungkawaPemergian Tun Hasmah beri kesan pada Syed Saddiq, sidang media dibatalkan

Pemergian Tun Hasmah beri kesan pada Syed Saddiq, sidang media dibatalkan

KUALA LUMPUR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini ternyata memberi kesan mendalam kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila beliau membatalkan sidang media yang dijadualkan kemudian.

Perkara itu dikongsikan penyanyi Bella Astillah menerusi Instagram Story selepas mereka sedang menjalani penggambaran ketika menerima berita duka berkenaan.

Menurut Bella, Syed Saddiq tidak dapat meneruskan perancangan yang telah disusun selepas mendapat tahu mengenai pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Kita tengah shoot, but I know his heart and mind are somewhere else after hearing the heartbreaking news of Tun Hasmah’s passing this morning.

“He just couldn’t bring himself to continue with what was planned for later. He asked for the PC later to be cancelled. Allahuakhbar, we’re still in shock,” katanya.

Bella turut memuat naik foto Syed Saddiq yang kelihatan duduk bersendirian ketika berada di sebuah premis, dipercayai ketika sesi penggambaran berlangsung.

Tun Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Berita pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini dan banyak menyumbang dalam bidang kesihatan awam serta kebajikan masyarakat. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 28 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|