“Terima kasih cikgu sebab ikhlas”, pelajar gembira dapat siapkan kerja sekolah

KUALA LUMPUR – Bukan semua guru mampu menunjukkan kesabaran dan dedikasi yang tinggi, kerana membantu murid yang perlukan perhatian khusus memerlukan jiwa dan keikhlasan sepenuhnya.

Sebuah video menyentuh hati tular di media sosial apabila seorang guru menunjukkan dedikasinya membantu seorang murid menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir kelas.

Menurut guru itu, sepuluh minit sebelum sesi pembelajaran tamat, semua pelajar telah siap dan bersedia untuk pulang, namun seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun masih belum menyiapkan tulisannya.

“Saya panggil dia, rupanya tulisannya langsung tiada bentuk. Aisy Fayyadh memang lambat sikit dari kawan-kawan lain dan dalam pemeriksaan doktor.

“Saya minta izin nak pegang tangan dia dan tulis bersama-sama. Aisy Fayyadh, saya bangga dengan awak. Dia happy sangat sebab dapat siapkan tugasan, membesar dengan baik ya,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji dan berterima kasih kepada cikgu itu atas kesabaran dan dedikasinya.

“Terima kasih sebab mengajar dengan ikhlas dan sabar. Semoga Allah membalas kebaikan cikgu dan sentiasa dipermudahkan urusan,” kata seorang pengguna. 

“Cikgu macam ini memang patut dibanggakan, sebab dia nampak pelajar yang perlukan bantuan, lalu ajar dengan penuh sabar, bukan dibiarkan. Terima kasih cikgu kerana mengajar dengan sepenuh ikhlas,” kata seorang lagi pengguna.

View on Threads

Perkongsian ini juga menjadi peringatan bahawa keikhlasan dan kesabaran seorang guru mampu memberi impak besar dalam perkembangan dan keyakinan diri pelajar, malah meninggalkan kenangan manis yang akan terus dihargai oleh mereka. -MYBERITA

BACA JUGA:  Nylea Adzlan juara Dewi Remaja 2025
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...