Kena tampar punca pelajar bergaduh depan sekolah, 15 individu di tahan

JOHOR BAHRU – Tindakan menampar dipercayai menjadi punca tercetusnya pergaduhan besar melibatkan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, yang tular di media sosial semalam.

Polis bertindak pantas dengan menahan seramai 15 individu dalam tempoh kurang 12 jam selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, tangkapan itu melibatkan seorang wanita, seorang pelajar perempuan serta 13 pelajar lelaki berusia antara 12 hingga 37 tahun.

“Kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan sekitar Nusa Bestari dan Iskandar Puteri pada hari kejadian.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah akibat tindakan menampar yang menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga mencetuskan pergaduhan secara berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dua wanita telah direman selama tiga hari bermula 11 hingga 13 April, manakala 13 pelajar lelaki direman selama empat hari sehingga 14 April bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Polis menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan jenayah dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu dengan menghubungi balai polis berhampiran.

BACA JUGA:  Negeri Sembilan paling teruk terjejas Ribut Tropika Senyar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...