Sarimah Ibrahim akui sukar ramal juara, ramai peserta “keluarkan taring”

KONGSI

SHAH ALAM – Malam separuh akhir Talk To My Manager ternyata penuh debaran apabila juri tetap, Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui dirinya sendiri “nyaris sakit jantung” untuk membuat keputusan.

Menurut Sarimah, setiap peserta menampilkan persembahan luar biasa sehingga menyukarkan beliau memilih siapakah yang wajar diselamatkan pada malam berkenaan.

“Malam ni semua keluar taring. Dari Hadi sampai Marsha, suara, pergerakan, penguasaan pentas, keyakinan, semuanya meningkat. Jadi saya pun terfikir, macam mana mereka nak jadi lebih baik minggu depan?” katanya kepada MYBERITA ketika ditemui selepas program itu.

ARTIKEL BERKAITAN