Selasa | 06/10/2026 | 8:38:37 am
HomeGaya HidupNg Zhen Fan anak Malaysia pertama terima Biasiswa Tokoh Siswa Luar Negara

Ng Zhen Fan anak Malaysia pertama terima Biasiswa Tokoh Siswa Luar Negara

TANJUNG MALIM – Bermula sebagai anak kepada seorang jurukimpal dan kerani, perjalanan Ng Zhen Fan Shankar kini membuka lembaran baharu apabila mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama menerima penajaan Tokoh Siswa Luar Negara daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ng, 27, bakal melanjutkan pengajian dalam jurusan Sarjana Perakaunan dan Kewangan di University of Leeds, United Kingdom selama setahun dengan pengajiannya ditaja sepenuhnya menerusi biasiswa berkenaan.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pemilihan Ng merupakan satu pencapaian membanggakan buat universiti itu selepas beliau melakar pelbagai kejayaan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|