Insiden bendera terbalik melibatkan pekerja OKU, minta isu tidak diperbesar – ADUN Lukut

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa memohon agar isu pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson tidak lagi diperbesar selepas menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan oleh kecuaian seorang pekerja orang kurang upaya (OKU) di sekolah berkenaan.

Menurut Ken Hwa, beliau sendiri turun padang dan menyelaras isu tersebut bersama ahli Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak pengurusan sekolah sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian itu.

“Mohon mencelah sedikit. Saya yang turun sendiri ketika insiden berlaku. Hal ini terjadi sebab pihak guru besar melibatkan seorang pekerja. Pekerja ini OKU, dia kurang dari segi akal sedikit.

“Dia yang pasang bendera sekitar kawasan sekolah, menggunakan bendera lama dan secara tidak sengaja memasangnya terbalik. Selepas dimaklumkan orang ramai, bendera itu terus diturunkan. Ia bukan dilakukan dengan sengaja,” katanya dalam Persidangan Kedua Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau menganggap perkara itu sebagai kesilapan kecil yang boleh dimaafkan, dan berharap ia tidak terus diviralkan atau dijadikan isu besar oleh masyarakat.

“Saya rasa ini satu kesilapan yang kecil dan boleh dimaafkan. Datuk Yang Dipertua, saya harap isu ini tidak diviralkan lagi sebab saya sendiri sudah turun padang dan selesaikan,” katanya lagi.

Terdahulu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua di Port Dickson telah mengemukakan permohonan maaf terbuka kepada masyarakat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah tersebut.

BACA JUGA:  Hujan 'meteor perseids' terangi langit Malaysia malam ini
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...