“Pocong atau manusia menyamar?”, penduduk Bagan Datuk resah

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar daerah Bagan Datuk, Perak digemparkan dengan dakwaan kemunculan lembaga menyerupai pocong di beberapa lokasi sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang ramai.

Menurut perkongsian di laman Facebook komuniti Bagan Datuk, antara lokasi dikaitkan dengan penampakan makhluk berbungkus kain kafan itu termasuklah tapak pembuangan sampah Parit 26 Baroh, Geretak Lambong di Batu 26, jambatan utama Bagan Datuk, bekas jirat Cina di Teluk Penikam serta tapak pelupusan sampah di Kampung Pasang Api.

Ada individu mendakwa pernah jatuh sakit selepas terserempak dengan pocong, manakala seorang lagi pengguna media sosial berkongsi kisah ibunya yang terlihat lembaga putih berhampiran padang permainan di Hutan Melintang.

“Apa ke teruk beno Parit 26 ada pocong. Malam ni saya akan lakukan siasatan sendiri,” kata seorang pengguna Facebook.

Sementara itu, seorang wanita dikenali sebagai Norlela Rosli pula mendedahkan suaminya pernah menahan dua individu yang menyamar sebagai pocong.

Mereka kemudian dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa termasuk dipaksa melompat seperti pocong mengelilingi balai polis sebagai pengajaran.

Difahamkan, kes menyamar sebagai pocong sebelum ini sering melibatkan sekumpulan remaja yang bertindak menakut-nakutkan penduduk sekitar kawasan bekas tapak cadangan resort Teddo dan kunci air Kampung Pasang Api.

Bagaimanapun, persoalan yang timbul kini ialah sama ada gangguan di Bagan Datuk benar-benar wujud atau sekadar mainan manusia untuk menakutkan masyarakat.

BACA JUGA:  Baru bebas lepas ikat jamin, pemandu lori batu ditahan semula kes curi lembu
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...