Malaysia kecam keras serangan AS dan Israel ke atas Iran

KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang disifatkan melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta mencabuli kedaulatan sebuah negara merdeka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan ganas itu mengakibatkan kematian pemimpin dan pegawai tinggi negara selain meragut nyawa kira-kira 180 kanak-kanak.

Menurut beliau, serangan terhadap negara berdaulat adalah satu perbuatan biadab yang jelas bertentangan dengan prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta melanggar hukum undang-undang antarabangsa.

“Sebagai negara bebas, Malaysia menyeru agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta dan sebarang isu diselesaikan melalui rundingan konstruktif.

“Tidak boleh dipertikai bahawa tindakan ganas menyerang negara berdaulat dan merdeka adalah tindakan biadab, melanggar prinsip piagam PBB dan melanggar semua hukum undang-undang dunia,” katanya ketika memberi penerangan mengenai situasi keselamatan di Iran dan Timur Tengah di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan serangan berterusan Israel terhadap Iran, Lubnan, Iraq, Syria serta rakyat Palestin menunjukkan tindakan ketenteraan yang jelas melanggar ketetapan antarabangsa dan perlu ditentang secara tegas oleh masyarakat dunia.

“Tindakan ketenteraan berterusan yang dilaksanakan oleh Israel dan disokong Amerika Syarikat bukan sahaja meningkatkan ketegangan serantau tetapi juga mengancam keselamatan negara-negara jiran.

“Pilihan selain berdamai ialah bekerjasama bagi memastikan rundingan konstruktif dan mempertahankan kedaulatan rakyat serta negara,” ujarnya.

Beliau turut menyeru negara-negara Teluk supaya bersatu mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan rantau itu daripada ancaman ketenteraan luar. – MYBERITA

BACA JUGA:  Penyelewengan amanah satu pengkhianatan negara, ancaman digital perlu ditangani segera
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...