Jumaat | 18/09/2026 | 9:51:31 pm
HomeNasionalKedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ditutup sementara susulan situasi keselamatan serantau

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ditutup sementara susulan situasi keselamatan serantau

ABU DHABI – Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ditutup kepada orang ramai hari ini susulan situasi keselamatan serantau yang sedang berlaku.

RINGKASAN BERITA
  • Menurut notis tersebut, perkhidmatan konsular secara bersemuka tidak akan disediakan sepanjang tempoh penutupan berkenaan.
  • Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular lanjut boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel mwabudhabi@kln.gov.my bagi mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan sewajarnya.
  • Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai tempoh penutupan tersebut dimaklumkan. - MYBERITA
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan berkenaan hari ini.

Menurut notis tersebut, perkhidmatan konsular secara bersemuka tidak akan disediakan sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

“Sehubungan itu, perkhidmatan konsular secara bersemuka tidak akan disediakan. Bagaimanapun, pasukan konsular masih boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bagi memberikan nasihat dan bantuan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular lanjut boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel mwabudhabi@kln.gov.my bagi mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan sewajarnya.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai tempoh penutupan tersebut dimaklumkan. – MYBERITA – MYBERITA

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|