Air lumpur banjiri kawasan Nilai, pemandu terpaksa berbuka atas ‘highway’

NILAI – Ratusan pemilik kenderaan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Sebelah Nilai dilanda banjir kilat pada petang Khamis.

Beberapa video yang tular di media sosial memaparkan laluan empat lorong lebuh raya tersebut yang menghala ke utara dan selatan ditenggelami air sehingga menjejaskan pergerakan trafik.

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut makluman oleh PLUS Malaysia Berhad, kejadian banjir kilat di Kilometer 287 (KM287) menyebabkan semua lorong di laluan tersebut terhalang, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Trafik dilaporkan sesak sejauh kira-kira 12 kilometer dari kawasan Kajang menuju ke Nilai akibat banjir kilat di KM287 yang menghalang semua lorong.

“Lorong kecemasan serta lorong kiri arah utara turut terhalang, menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer dari Nilai menuju ke Bangi,” menurut kenyataan pihak lebuh raya itu.

Selain itu, Hentian Sebelah Nilai arah utara juga terpaksa ditutup buat sementara waktu susulan keadaan banjir di kawasan berkenaan.

Difahamkan, banjir turut berlaku di beberapa kawasan sekitar Pekan Nilai apabila paras air meningkat dengan cepat selepas hujan lebat berterusan.

Situasi tersebut menyebabkan ramai pengguna lebuh raya yang dalam perjalanan pulang tidak sempat keluar dari kesesakan dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tujuh kawasan di Semenanjung, Sabah berdepan ribut petir hingga petang ini
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...