KUALA LUMPUR – Setiap insan yang pernah kehilangan ibu pasti memahami betapa besarnya rasa rindu yang terpendam di dalam hati, lebih-lebih lagi apabila berada di tempat suci yang penuh ketenangan.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian mengenai seorang wanita yang sebak selepas terserempak dengan seorang jemaah dari Turkiye yang wajahnya mirip Allahyarhamah ibunya ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, wanita tersebut dilihat tidak mampu menahan perasaan apabila terpandang jemaah berkenaan yang seakan-akan menyerupai arwah ibunya.
Situasi itu membuatkan dia teringat kenangan lama bersama insan tersayang yang sudah tiada.
Difahamkan, pertemuan tersebut berlaku secara tidak sengaja ketika wanita itu berada di kawasan Masjid Nabawi untuk menunaikan ibadah.
Kehadiran jemaah Turkiye berkenaan seolah-olah mengubat sedikit kerinduan terhadap ibunya, walaupun hanya seketika.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut tersentuh hati dan memahami perasaan wanita tersebut yang masih merindui ibunya.
“Rindu ibu ni tak pernah hilang, tengok orang yang mirip pun boleh buat kita menangis,” kata seorang pengguna.
“Masjid Nabawi tempat penuh ketenangan, mungkin Allah nak ubat rindu dia sekejap,” kata seorang lagi pengguna.
Ramai juga yang mendoakan agar wanita berkenaan terus kuat dan diberikan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang. -MYBERITA

