Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila didakwa menampilkan beberapa babak yang disifatkan melampau.

Perkara itu dibangkitkan seorang individu yang menegur secara terbuka kandungan persembahan berkenaan, termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan antara pelakon di atas pentas.

Menurutnya, walaupun ia sekadar lakonan, babak sedemikian dianggap tidak sesuai untuk dipentaskan dalam konteks program di institusi pengajian tinggi.

“Buat pun secara terang-terangan, maka teguran ini dibuat secara terang-terangan. Ini program teater di universiti terkemuka. Apa ni? Dah tak malu ke?

“Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau. Scene atas katil dan bersentuhan apa bagai. Astaghfirullah. Yang penonton pun reda, jerit seolah sokong perbuatan,” katanya.

Tambahnya lagi, situasi tersebut menimbulkan kegusaran apabila penonton didakwa memberi reaksi sorakan seolah-olah menyokong aksi yang dipersembahkan di pentas.

“Rasa takut untuk berdiam. Patutnya perkara macam ini perlukan garis panduan untuk menjalankan teater, tidak mengongkong tetapi untuk jaga kehormatan semua,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa terkilan terhadap adegan tersebut dan berpendapat ia tidak sesuai dipersembahkan oleh pelajar universiti.

“Mahasiswa seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat, bukan sebaliknya. Kebebasan berkarya tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar batas agama dan etika. 

“Tindakan tatatertib wajar dikenakan sebagai pengajaran dan pencegahan agar perkara seperti ini tidak berulang,” kata seorang pengguna. 

Perkongsian ini juga mencetuskan perbincangan tentang batas kebebasan berkarya dalam kalangan mahasiswa dan keperluan menjaga sensitiviti serta nilai masyarakat.

BACA JUGA:  Threads mula papar iklan kepada pengguna di Malaysia
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...