Selasa | 27/10/2026 | 4:58:52 am
HomeJenayahBaru beberapa hari keluar penjara, suami disyaki bunuh isteri dalam proses cerai

Baru beberapa hari keluar penjara, suami disyaki bunuh isteri dalam proses cerai

NILAI – Konflik rumah tangga yang berlarutan hingga ke proses perceraian dipercayai menjadi antara episod terakhir kehidupan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditemukan maut, dipercayai dibunuh suaminya di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA, di sini, malam Khamis.

Mangsa, Norhazwani Ibrahim, 35, yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik, dikatakan jarang berkongsi masalah peribadi dengan keluarga meskipun mereka mengetahui rumah tangganya sedang bergolak.

Abang sulung mangsa, Amran Ibrahim, 59, berkata, keluarganya masih terkejut dengan pemergian Norhazwani, lebih-lebih lagi apabila menerima berita bahawa adiknya dipercayai dibunuh oleh suami sendiri.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|