Isnin | 26/10/2026 | 9:40:36 pm
HomeJenayahDadah punca pelbagai jenayah, polis Kelantan perhebat tindakan

Dadah punca pelbagai jenayah, polis Kelantan perhebat tindakan

RANTAU PANJANG – Insiden seorang anggota polis cedera parah akibat ditetak dengan parang ketika operasi membanteras dadah baru-baru ini tidak akan melemahkan usaha Polis Kelantan untuk terus memerangi kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya sebaliknya akan memperkukuh kerjasama dengan ketua masyarakat serta orang ramai bagi memastikan kegiatan berkaitan dadah dapat dibanteras secara lebih menyeluruh.

Menurutnya, penglibatan komuniti amat penting terutama dalam menyalurkan maklumat yang boleh membantu polis mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu terbabit dalam kegiatan berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|