Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAHIBURANAzlee terkejut dakwaan Apek ditahan, masih cuba dapatkan kepastian

Azlee terkejut dakwaan Apek ditahan, masih cuba dapatkan kepastian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon veteran, Azlee Jaafar, meluahkan rasa terkejut selepas menerima berita mengejutkan berhubung dakwaan penahanan rakan seangkatannya, Saiful Apek.

Menurut Azlee, 57, beliau tidak mengetahui langsung tentang perkara itu dan hanya mendapat tahu apabila dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkan reaksinya.

“Saya baru sahaja terjaga daripada tidur dan belum mendengar apa-apa berita mengenainya.

“Buat masa ini saya pun masih belum pasti apa yang berlaku, elok disiasat dahulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdapat laporan yang mendakwa Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, ditahan oleh dua individu dipercayai anggota polis, namun butiran lanjut masih belum dapat dipastikan.

Malah, sebuah portal hiburan turut menerima kiriman foto memaparkan individu yang kelihatan seperti Apek memakai baju merah jambu, namun lokasi dan masa kejadian tidak dinyatakan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN