Sabtu | 10/10/2026 | 7:21:22 am
HomeSemasaPelajar perempuan maut, rakan parah motosikal langgar lampu isyarat

Pelajar perempuan maut, rakan parah motosikal langgar lampu isyarat

MELAKA – Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang mereka tunggang melanggar lampu isyarat dan merempuh sebuah lori di persimpangan Jalan Pantai Belimbing, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Nouvo S yang ditunggangi rakan mangsa, juga berusia 16 tahun, dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|