Rabu | 30/09/2026 | 10:14:28 pm
HomeSemasaRedah banjir dua kilometer, bomba selamatkan tujuh mangsa

Redah banjir dua kilometer, bomba selamatkan tujuh mangsa

KLANG – Demi menyelamatkan tujuh mangsa yang terperangkap akibat banjir kilat, anggota bomba terpaksa meredah air hingga paras pinggang sebelum berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Taman Rashna, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7 malam.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan bersama sebuah jentera tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

Bagaimanapun, keadaan banjir yang mencecah paras pinggang menyebabkan jentera tidak dapat memasuki kawasan perumahan terbabit.

“Komander operasi mendapati banjir mencecah paras pinggang menyebabkan jentera bomba tidak dapat masuk ke lokasi.

“Anggota kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk sampai ke kawasan perumahan yang terjejas,” katanya malam ini.

Hasil operasi itu, kesemua tujuh mangsa berjaya ditemukan sebelum dibawa ke tempat selamat pada pukul 7.42 malam.

Mangsa terdiri daripada tiga dewasa iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

Turut diselamatkan ialah empat kanak-kanak membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan. – KOSMO!

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 30 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|