Rabu | 30/09/2026 | 6:51:46 pm
HomeHiburanPU Riz mahu Neelofa teruskan hidup, kahwin semula jika dia pergi dulu

PU Riz mahu Neelofa teruskan hidup, kahwin semula jika dia pergi dulu

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, PU Riz tidak menghalang isterinya, Neelofa untuk berkahwin semula sekiranya dia meninggal dunia terlebih dahulu.

Riz atau Haris Ismail, 31, berkata, soal jodoh bukan lagi sesuatu yang perlu difikirkan selepas seseorang meninggalkan dunia, sebaliknya kehidupan yang dilalui pasangan perlu diteruskan dengan pengisian ibadah.

“Kalau saya meninggal lebih awal, saya nak Lofa kahwin sebab kita ada kehidupan yang perlu dijawab di akhirat kelak sampai kita langsung takkan fikir fasal hal dunia.

“Jadi daripada kita duduk fikir sekarang ini pasangan nak kahwin lagi ke tidak. Teruskan (kahwin), bina ibadah, yang penting awak doakan saya selamat di akhirat,” katanya dalam sebuah video.

Menurut Riz, dia juga berharap Neelofa memilih lelaki yang mampu membimbing keluarga dan anak-anak mereka dengan lebih baik sekiranya dia sudah tiada.

“Saya sendiri cakap kalau esok-esok saya dah tiada, awak kahwinlah dengan yang lain. Cari yang lebih ustaz daripada saya dan bina keluarga yang jauh lebih baik daripada apa yang kita bina sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Riz berkata, perkahwinan baharu itu juga berpotensi memberi manfaat kepada anak-anak mereka sekiranya pasangan Neelofa membantu mendidik mereka dalam ilmu agama.

“Mungkin anak-anak kita yang asbab perkahwinan baharu itu, suami itu ajar anak kita mengaji al-Quran dan ilmu agama. Bukankah kita sebagai arwah bapa turut memperoleh pahala yang banyak,” jelasnya.

Riz turut mengambil inspirasi daripada kisah Saidatina Ummu Salamah yang kemudiannya berkahwin dengan Rasulullah SAW selepas kematian suaminya.

Untuk rekod, Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Pasangan itu kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga. – KOSMO!

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 30 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|