Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALRamai 'kelik' Kelantan dari malam tadi sampai pagi ini

Ramai ‘kelik’ Kelantan dari malam tadi sampai pagi ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama masih sesak pagi ini apabila ribuan pengguna jalan raya memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Keadaan ini bermula sejak pukul 8 malam semalam dan berterusan hingga pagi ini akibat peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya.

Hasil semakan MYBERITA di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati kesesakan berlaku di Plaza Tol Gombak serta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK). Selain itu, Lebuhraya Utara-Selatan turut mencatatkan peningkatan trafik di kedua-dua arah utara dan selatan.

Menurut LLM, trafik harian sepanjang cuti perayaan ini dijangka mencecah 2.77 juta kenderaan. Daripada jumlah itu, sekitar 216,000 kenderaan diramal menggunakan KLK, manakala lebih 200,000 kenderaan bakal melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 (LPT1 dan LPT2) pada hari puncak.

Orang ramai disarankan merancang perjalanan dengan teliti serta mengikuti jadual waktu yang disyorkan bagi mengelakkan kesesakan melampau. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN