Empat bekas PM hadir beri penghormatan terakhir buat Tun Abdullah

KUALA LUMPUR — Empat bekas Perdana Menteri Malaysia hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini hari ini.

Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi antara yang terawal tiba bagi menziarahi jenazah Allahyarham yang lebih dikenali sebagai \’Pak Lah\’, sekitar jam 10.40 pagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk keluar menghadiri penghormatan terakhir serta pengebumian Allahyarham.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula tiba kira-kira 50 minit kemudian, diikuti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 12.20 tengah hari. Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir dan tiba sekitar jam 12.34 tengah hari.

Kesemua pemimpin berkenaan meluangkan masa beberapa minit bertemu ahli keluarga Allahyarham yang berada di sisi jenazah sepanjang upacara berlangsung.

Antara ahli keluarga yang hadir termasuk isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, anak perempuannya Nori Abdullah serta menantunya, Khairy Jamaluddin.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah kesihatan yang berpanjangan.

Jenazah beliau disemadikan dengan penuh penghormatan di Makam Pahlawan selepas selesai solat jenazah di Masjid Negara.

BACA JUGA:  Pemain ragbi Sukma putus kaki kanan sempat pujuk ibu minta izin sertai cabaran 'Moreh' sebelum nahas
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...