Sabtu | 17/10/2026 | 1:15:43 pm
HomeNasionalPresiden Xi Jinping selamat tiba di Malaysia untuk lawatan negara tiga hari

Presiden Xi Jinping selamat tiba di Malaysia untuk lawatan negara tiga hari

SEPANG – Presiden China, Xi Jinping selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang tadi bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.

Ketibaan beliau bersama delegasi China yang menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Turut hadir menyambut ketibaan tersebut ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Delegasi Presiden Xi turut diberikan sambutan rasmi yang diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan Malaysia, melambangkan keunikan dan kepelbagaian budaya negara.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 17 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|