“Menjadi hamba Allah yang lebih baik” – Acha Septriasa

KUALA LUMPUR – Pelakon Acha Septriasa, 35, berkongsi pengalaman berharga dalam filem Qodrat 2 dan mengakui peranan ini memberi banyak pengajaran mengenai sokongan isteri terhadap suami dan pentingnya menjaga keimanan dalam kehidupan keluarga.

Filem arahan Charles Gozali ini, Acha memegang watak Azizah, isteri kepada Ustaz Qodrat yang dilakonkan oleh Vino G. Bastian mengisahkan perjuangan pasangan suami isteri tersebut dalam melawan iblis Asu’ala demi melindungi anak mereka.

“Melalui watak ini, saya belajar untuk menjadi wanita yang lebih baik, mendukung suami dalam perjuangannya, serta mendekatkan diri kepada Allah,” ujar Acha selepas tayangan perdana di TGV Suria KLCC malam tadi.

Acha turut memberitahu bahawa filem ini memberi ruang untuknya memahami dan menghayati solat taubat dengan lebih kusyuk.

“Saya belajar banyak tentang beribadah dengan penuh khusyuk dan ikhlas, terutama dalam mendalami solat taubat, yang menjadi salah satu pengajaran utama yang saya peroleh daripada filem ini,” katanya.

Filem Qodrat 2 yang menggabungkan elemen aksi, seram, dan spiritual ini telah mencatatkan kejayaan besar di Indonesia dengan lebih dua juta penonton sebelum ditayangkan di Malaysia pada 17 April lalu.

Acha berharap filem ini dapat memberikan kesedaran kepada penonton tentang pentingnya mempertahankan nilai ketuhanan dan kekeluargaan dalam menghadapi cabaran hidup.

“Saya berharap filem ini memberi pengajaran yang mendalam dan menginspirasi penonton untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan,” tambah Acha.

Qodrat 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

BACA JUGA:  Baru habis doa terus dapat tawaran berlakon, Acha Septriasa kongsi kisah magik Qodrat 2
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...