Khamis | 15/10/2026 | 9:57:03 pm
HomeSemasaPeniaga lama Pasar Kamunting didakwa teraniaya, kuota baru mengancam rezeki

Peniaga lama Pasar Kamunting didakwa teraniaya, kuota baru mengancam rezeki

IPOH – Sekumpulan peniaga yang telah lama berniaga di sebuah pasar di Perak meluahkan rasa terkilan dan bimbang dengan pengurusan baru yang didakwa meminta semua peniaga termasuk yang sudah berpuluh tahun berniaga untuk mengisi semula borang dan menghadiri temuduga pada bulan Julai ini untuk mendapatkan tapak.

Peniaga-peniaga ini berpendapat bahawa langkah tersebut seolah-olah menafikan sejarah mereka dan menggambarkan seolah-olah mereka baru sahaja memulakan perniagaan di pasar yang telah menjadi sumber rezeki mereka sejak bertahun-tahun lalu.

\”Kami telah lama berniaga di sini, banyak yang sudah lebih dari 20 tahun, malah ada yang mencecah 30 tahun. Kami bukan orang baru. Pasar ini adalah tempat kami mencari nafkah sejak sebelum pengurusan baru mengambil alih, dan kini kami dikehendaki mengisi borang dan menghadiri temuduga, seolah-olah kami tidak layak untuk terus berniaga di sini,\” kata seorang wakil peniaga yang ingin dikenali sebagai Firdaus.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|