Cermin kereta dipecah, pemandu diserang 10 individu bertopeng

KUALA LUMPUR â€“ Seorang pemandu lelaki berdepan detik mencemaskan apabila diserang sekumpulan individu tidak dikenali sejurus selepas meletakkan kenderaannya di sebuah petak parkir di kawasan rumah kedai, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar pukul 11.39 pagi pada 21 April lalu, dua buah kenderaan tiba-tiba berhenti di hadapan kereta milik mangsa sebelum kira-kira 10 individu bertopeng keluar dengan membawa kayu panjang dan bertindak secara agresif.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada sebuah premis berhampiran, kumpulan terbabit dilihat tanpa sebarang amaran mula mengetuk dan memecahkan cermin kereta mangsa termasuk cermin depan dan sisi.

Mangsa yang panik cuba menghalang dari tempat duduk pemandu, namun turut menjadi sasaran apabila dipukul dengan kayu oleh kumpulan berkenaan.

Video insiden itu kini tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Facebook Info Semasa dan mencatatkan lebih 264 perkongsian setakat ini.

Setakat ini, motif serangan masih belum dikenal pasti.

MYBERITA sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung lokasi tepat dan maklumat lanjut insiden tersebut.

BACA JUGA:  127 ribu anggota PDRM terima insentif rebat rahmah
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...